Saturday 21 December 2013

Tonton movie//drama English,Melayu, Korea dan Anime baru secara ONLINE.

ASSALAMUALAIKUM (:

Yea anak-anak semua, insan yang cemerlang datangnya dari akal, hati yang tenang dan jiwa yang mantap, yer, yerr. HUHUHU, macam Dr. Fadzilah Kamsah pulak. Okaylah anak-anak, ibu eka nak tunjuk link untuk tengok movie atau drama online yeaa. Aku biasanya tak download cerita sebab tak nak beratkan laptop dengan tak nak ada virus-virus cinta dekat laptop ni.

Bagi movie english, biasanya aku tengok online jee dekat viooz.ac ni. Dekat viooz.co ni memang biasanya seminggu akan update movie english baru. Viooz.co ni memang tak ada subtitle, jadi aku nak ajar macam mana nak buat subtitle untuk movie online ni.




Download link dropbox aku ni. Nama software ni Greenfish Subtitle Player.


(tunggu 5seconds iyoo)

 Disebabkan dari dropbox aku, jadi dijamin tak ada virus walaupun masa aku download bende ni dekat link lain kena virus. Hah, lagi satu download ni sekejap je sebab dia 11.74kb jee. Dah download tu macam biasa, ni kan fail winzip, extract je. Dah tu korang akan jumpe macam ni



Nak tengok dulu cerita download dulu SRT cerita, yang kita nak tengok. Contohnhya aku nak tengok cerita FROZEN, search dan download dulu SRT cerita FROZEN dekat mana-mana laman web free SRT movie dekat link ni:


Dah search cerita dekat laman web ni, pilih bahasa yang kita nak dan download. Sekarang ni, bukak Greenfish Subtitle Player pastu tekan dekat gambar file tu. Pilih subtitle yang kita download pastu bolehlah tengok movie dengan aman.

Bagi drama English ni susah sikit, berterabur. Kiranya memang kena pandai search dekat google. Jadi, search sendiri yeaa. HAHAHA

Bagi movie dan drama Melayu aku guna laman web ni jee

Melayu ni tak susah sikit nak cari search google memang dapatlah, lagi-lagi kalau dah keluar dekat astro first dekat youtube pun dah boleh jumpe. DFM2U.net ni boleh download cerita sekali.



Bagi movie//drama korea ni mesti ramai dah tahu. Aku biasanya layan dekat laman web ni jee. Ni ada subtitle english.



Movie//drama Anime pulak dekat sini, aku kan suka layan Naruto. HAHAHA. Ni ada subtitle english.



Ni jelaa tempat favorite aku kalau nak layan movie atau drama. Sorrylah yeaa yang download aku tak pernah ambek kesah. Pandai-pandailah cari software untuk download. Tapi dalam banyak-banyak ni aku selalu tengok viooz lah, layan omputih. HAHAHA. Tak payah membazir tengok dekat wayang. Kadang tu viooz ni dah keluar movie tapi dekat malaysia dekat wayang pun tak keluar lagi, Memang syoklah.

Ni jela iyooo, byeeebyee anak-anak. Assalamualaikum (:

ekalokman

Friday 6 December 2013

HALA TUJU SELEPAS SPM ( KHAS BUAT LEPASAN SPM )

 Assalamualaikum :)

REPOST KHAS BUAT LEPASAN SPM (: ( repost dari blog lama yang aku dah private-kan)

Adik-adik lepasan SPM 2013, kak eka cume nak bebel sikit jee yeaa. Bacalah kalau rasa nak cerahkan masa depan anda (:

Diploma, Asasi, Matrik dan Tingkatan 6 mempunyai kelebihan masing-masing. Pada aku, ikut kemampuan kita dan bukan sepatutnya pada minat. Kalau minat kita tinggi terhadap sesuatu course tersebut tapi kemampuan kita tak boleh, tetap susah untuk belajar. Dengan kemampuan yang kita ada, kita ambil course yang sesuai dan kita hendaklah timbulkan minat atas course yang kita ambil.

Memang semua ada baik dan buruknya. Kebaikan Diploma, kita boleh belajar secara biasa biasa dan tak perlu nak cepat cepat, dan jugak kalau kita dapat study diploma dekat UiTM contohnya.
Ada kebaikan dia kalau nak sambung degree, sebab dia akan potong credit hour ape entah tak silap aku dan degree kita akan jadi pendek sikitlah macam contohnya ambik Diploma in Accountancy, degree nanti nak sambung Bachelor in Accountancy ni boleh dalam 3 tahun sehaja berbanding yang ambik asasi atau matrik kena ambik 4 tahun dalam degree diaorang. Diploma sekarang  memang susah nak dapat peluang untuk sambung ke peringkat Degree kerana pointer CGPA Diploma perlu melebihi 3.5 keatas. Pastu kebanyakan lepasan Diploma tidak suka menyambung ke peringkat Degree sebab malas menyambung pelajaran selepas lama belajar. Diploma di Politeknik ni okay jugak sebenarnya, lagi-lagi Politeknik Premier, memang sijil lakulah.

Jalan pintasnya melalui Matrik dan Asasi. Nak masuk matrik atau asasi ni result SPM memang kena gempak sikit, paling koman pun ada rezeki yang dapat 3A tapi student tu biasanya aliran sains dan mata pelajaran yang lain tu pun lulus credit. Perbezaan Matrik dengan Asasi ni, Matrik kita ambik setahun atau dua tahun sijil profesional untuk tak kesah apa apa degree yang kita akan sambung dan Asasi ni pulak sijil professional setahun yang kita ambik untuk course tertentu, contohnya macam Asasi Undang Undang so kita akan sambung Bachelor of Law lah kan. Kalau kita masuk matrik, diakhir nanti pointer matrik yang teruk mungkin akan dilelong ke course yang pelik-pelik. Asasi pula pointer kurang baik akan dibawa ke course Degree yang berkenaan dengan asasi yang diambil. Kelebihan sedikit untuk asasi kerana pelajaran yang diambil lebih berfokus berbanding Matrik yang pelajarannya diambil secara banyak pastu kita akan pening untuk memilih Degree yang akan kita sambung. Nak masuk asasi atau matrik tu terpulang pada koranglah kan, kalau rasa lagi percayakan yang tu masuk jela.

Yang berminat dengan Ting. 6 start tahun 2011, format STPM sekarang semakin senang untuk lulus. Kenape? Sebab separuh markah STPM untuk kerja kursus yang dilaksanakan di sekolah bersama guru. Mungkin dapat senangkan kita untuk luluskan. Tingkatan 6 ni terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Sains (Sains Fizikal atau  Sains Hayat) dan Kemanusiaan. Pada aku, kalau dapat sains tu masa depan cerah boleh fly luar negara tuu, cume form 6 kan susah nak score. Kalau kemanusiaan ni, sebabkan dah bersepah budak aliran kemanusiaan ni jadi peluang tu memang susahlahh. Form 6 ni kalau dapat C- dikira failed, tu maybe susah sikitlah.

Sekiranya kita mahu ke IPT, kita kena sedar yang setiap universiti ni ada ranking masing-masing dan ranking ni berkait rapat dengan peluang kerja yang akan dapat. Ini dapat membantu kita untuk mengetahui sijil kita laku atau tidak.

Ini Senarai Universiti Terbaik di Malaysia (updated 2013)

1.Universiti Malaya (UM) 
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Sains Malaysia (USM)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 5. Universiti Putra Malaysia (UPM) 
6.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UniMaS)
8. Multimedia University (MMU)
9. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
10. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
11. Universiti Tenaga Nasional (UniTEN)
12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14. LimKokWing University of Creative Technology
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16.Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Okay, kalau result SPM kita pulak tak mendapat tempat dimana-mana IPT semasa keputusan UPU dan kita pulak tidak berminat ke tingkatan 6 dan IPTS . Kita boleh mencuba ke panggilan UITM di bulan Disember.

Seterusnya, kita boleh ke kolej-kolej MARA bagi program diploma yang disediakan elaun dan yurannya tersangat murah. Bagi yang cendurung kearah pengurusan boleh ke Kolej Profesional Mara(KPM) dan yang cenderung ke arah kemahiran boleh ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM) dan German-Malaysian Institute. Tak ramai yang tahu kewujudan KPM tapi ni ramai yang tahu Kolej Poly Tech Mara (KPTM) , KPTM ni swasta yeaa, memang kena bayar mahal cume kelebihan dia ada pinjaman mara, tu jee. Kalau KPM dan KKTM ni, kita tak perlu buat pinjaman untuk belajar tapi diberi elaun sebanyak RM300 sebulan, yuran pulak murah setahu aku baru ni kalau campur dengan hostel dalam RM 300 dan kalau nak duduk luar bayar tuition fees dia dala RM 150. Sape nak bagi duit free-free jee. Ni lahh, bukti kerajaan mengutamakan bumiputera untuk tetap sambung belajar cume ramai orang yang tak tahu. Dekat KPM ni disediakan PIP dan diploma sahaja dan KKTM ni pulak disediakan sijil dan Diploma.

Selain itu, result SPM yang kurang baik tidak semestinya tiada tempat untuk belajar, kita boleh mengikuti program sijil yang disediakan di Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dan Institut Kemahiran Mara(IKM). Kursus sijil hanyalah lima bulan(tak silap aku lah) dan kerjanya mampu untuk mendapat gaji sebanyak RM 2000 ke 3000 bagi permulaan dalam kerjaya Sijil Kimpalan. Yurannya sangat murah dan elaun juga disediakan.

Institut Pendidikan Guru (IPG) juga bagi yang berminat untuk menjadi guru. Peluang nak masuk ipg ni susah sikit bagi yang result biasa-biasa sebab kerajaan telah memperkasakan pemilihan guru yang result SPM cemerlang ( memang dia nak yang straight A lahh sekarang ) menjadi keutamaan. Tapi tak salah mohon kann~

Pilihan ke IPTS adalah tidak salah macam aku!! HAHAHA. Tetapi kita kena berusaha lebih sikit (banyak sangat) kerana sekiranya salah langkah mungkin kita dibuang dan duit akan membazir begitu sahaja ( hmm hmm). Yuran IPTS sememangnya mahal, tapi jika result semasa belajar cemerlang kita boleh belajar secara percuma dengan adanya biasiswa dan tajaan seperti Universiti Teknologi Petronas. Kelebihan IPTS ni kan ( dari pengalaman aku lahh ) minda kita akan lebih jadi open-minded dan tak seperti typical malay. HAHAHA!! English memang kena power lahh kalau duduk swasta macam aku ( sampai tension aku!!) Tapi nasihat aku jangan pilih seberangan IPTS sebab sesetengah IPTS ni tak diluluskan MQA dan berkemungkinan sijil korang tak laku. Kalau IPTS ni macam Unikl ke KPTM ke boleh buat pinjaman MARA atau PTPTN

Tak kisahlah course ape yang kita ambil tu, sekurang-kurangnya kita ada ilmu didada dan bukan setakat SPM sahaja. HOHOHO. Walaupun orang cakap lepasan Diploma sekarang banyak yang tidak bekerja, tapi kita kena fikirkan rezeki ada dimana-mana, bila ada kelulusan benda ni akan jadi point terbaik kepada diri kita. Okay, pada aku, baik mohon semuanya, sekurangnya kita boleh buat pilihan.

Buat pilihan mana yang kita minat dan mampu, jangan ikut cakap orang sangat. Masing-masing ada kelebihan diri masing masing.

Penat ah menaip, ni jela yea. Minta maaflah kalau terkasar bahasa atau ayat macam keling sangat. Okay, byebye :)

p/s: MARA tu nama dia UPIM ( http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ ) dan yang Uitm tu nak apply dia kena bukak admission dia sendiri. Terima Kasih.

ekalokman (:

Monday 18 November 2013

Nak download gps free Papago M11 hacked untuk android (:

Assalamualaikum



Harini aku nak ajar guane nak download Papago M11. Papago M11 ni Papago version paling latest untuk Android. Ni yang version crack, iaitu free. Kalau dekat googleplay kenalah bayar~ Sebetulnya yang GPS PAPAGO betul yang bukan dekat phone lebih tepat tapi bagi orang kurang kemampuan nak beli gps yang mahal-mahal yang betul ni bolehlah nak pakai Papago yang untuk android ni. Papago ni tak perlukan internet tau, tu yang aku suka sangat. macam waze dahlahh makan bateri pastu pakai internet pulak, sakitlah quota internet aku!!

CARA-CARA NAK INSTALL
Pertama, download data dan apk. Ada tiga link ni, pilihlah mana kita nak download. (pilih satu jee, jangan pandai sangat download semua. Aku saje bagi link banyak, mudah sikit)

Mega.co.nz
 Mediafire
Zippyshare
*link ada iklan, korang tunggu dulu 5seconds baru boleh download~

Dah download tu, korang exract folder tu guna winrar lahh. Kemudian yeaa adik-adik download maps pulak dekat link ni

Malaysia MFM Maps
*download maps ni lama sikit yeaa. Jadi kuatlah iman anda

Ni pun macam biasa, exract folder guna winrar. Pastu kita right-click then cut atau copy folder yang kita exract ni iaitu folder MFM-PPG-X8.5-X9-******

Pastu sekarang bukak folder data dan apk yang kita dah extract mula-mula sekali yang nama NaviM11SGMY pastu cari folder maps dalam NaviM11SGMY dan pastekan folder MFM-PPG-X8.5-X9-****** yang kita copy tadi di folder maps.

Dah siap bagi semua folder, sekarang nak install dalam phone pulak. Plug-in usb phone dengan komputer. Copy folder NaviM11SGMY  dan paste kan ke dalam memori telefon  bagi "internal'" (Android Gingerbread 2.1/2.2/2.3) atau paste kan ke dalam memori telefon "external SD Card" (Android IcecreamSandwich 4.0.3/ Jelly Bean 4.1/4.2)

Sekarang, install apk papago ni pulak. Cari folder NaviM11SGMY ni dekat My Folders phone pastu cari file PAPAGO!SGMY_Navitotal[H-S].apk dan klik untuk install.

Okay, sekarang papago ni dah boleh guna dahh. Sebelum nak guna tu, kenalah bukak GPS dulu yeaa. Yang bestnya pakai papago ni, dia boleh detect speed camera dengan ikon display warna merah, AES speed camera pun dia detect. Jadi dekat highway bolehlah berjaga-jaga apabila drive laju~ HAHAHA.

Selamat mencuba~ Byeee, Assalamualaikum ((:

Ni depan dia



-Roads untuk cari jalan yang kita nak tuju. (isi nama jalan yeaa)
-My Favorites untuk tempat atau jalan yang kita dah save.
-POIs untuk kita cari tempat menarik dan bangunan yang kita nak tuju ( isi nama tempat tu)
-POIs Nearby tu tempat menarik sekitar kawasan kita berada.

Ni contoh kalau sedang navigasi ke sesuatu tempat



*setakat ni aku guna okaylahh, lagi-lagi masa kitorang jalan dekat tempat orang. Memang tak sesatlahh cerita dia.

ekalokman (:

Wednesday 25 September 2013

Kemasukan ke Politeknik KPM

Assalamualaikum

Harini aku nak cerita pasal kemasukan ke politeknik. Aku malas nak cerita panjang-panjang. Sebab tarikh tutup di dah nak dekat dahh, lima hari jee lagi (1 Oktober 2013) dan aku pulak busy dengan final exam aku. So, reti-retilah paham sendiri.

Bagi yang lepasan spm yang sekarang ni masih mengganggur dari pelajaran inilahh masanya!! HAHAHA. Macam biasa, beli no. pin dekat bsn, cakap nak no. pin politeknik dan bayar RM 10.60 tunai~ Dan bila sahh, kau balik rumah setel lahh sendiri dengan online.

 Tak reti bahasa sangat, bacalah semua tu yeaaa. Ni bukak LAMANWEBNI . Okay, tu jelaa. Aku mohon jugak kut kalau sempat. HAHAHA. Yelakan, back-up tiba bangang sangat result aku pastu kena kick ass dari MMU dihatiku ni.

Aku ingat nak cerita ranking baru universiti 2013, tapi malas pulak. Dahlahh, bubyeee. Muahhh! Muahhh!!


Monday 12 August 2013

Kemasukan UiTM bagi November 2013

ASSALAMUALAIKUM (:

Sejujurnya aku memang tak suka UiTM, tapi pada aku, aku nak buat permohonaan untuk back-up aku study MMU ni. Mana tahu tibe result macam TOT-TOT  ke pastu kena kick, sekurangnya aku dah ada tempat lain nak sambung belajar. Panggilan ni jugak sesuai untuk sesiapa yang tak sambung belajar lagi ataupun ingin mengubah tempat belajar lagi seronok contohnya kalau kita tak nak sambung form 6 ke~

Okay, kembali kepada tajuk asal. Kemasukan ni dah bukak lama dah tapi aku terlampau menjadi manusia yang leka dan kalau korang nak tahu sekarang tinggal seminggu je lagi untuk permohonan online menatang ni~ Permohonan ni dibuka pada 01 JULAI YANG LALU dan akan ditutup pada 18 OGOS iaitu AHAD NIHH.

Syaratnya ialah hanya untuk BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA. Dan pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk maklumat lanjut. Kalau tak reti tekan link yang eka kasi ni~ TEKAN DISINI

Setiap pemohon mestilah membeli NO. PIN UiTM dekat BSN. Macam biasalah masa beli nombor pin matrik dengan upu. Cume janganlah cakap nak beli nombor matrik dengan upu, cakap nak beli no. pin UiTM.

Pastu dah beli semua benda, bukak TEKAN LAMAN WEB NI. Baca dan fahamkan kemudian log in lah kad pengenalan dengan nombor pin bsn kita tuu. Pastu isi macam biasa~

Boleh kemaskini tapi 3 KALI SAHAJA. Korang kalau boleh isilah mana yang layak yeaa. Janganlah kalau result tak seberapa, isi yang tak layak. Sebab peluang tu makin susah nak dapat. Kalau nak tahu course mana sesuai dengan kita, macam biasalah bukak SELANGKAH KE UiTM di SEMAK SYARAT KELAYAKAN NI.

Okaylah, selamat mencuba~ Kalau rasa tak berminat, tak apelah. UiTM bukan paksa dia cume nak tolong anak bumiputera yang tak dapat sambung belajar, tak rugi apa-apa pun. BYEEEEBYEEE~

ekalokman (:

Thursday 18 July 2013

Sumbangan Bagi Program Singgah Sahur dan Iftar 1434H MMU (:

Assalamualaikum (:


Hari ni eka nak minta sesiapa hamba Allah S.W.T. yang berminat untuk memberi sumbangan atau tajaan seperti sejumlah wang, pakaian dan makanan untuk disedekahkan kepada homeless sekitar Kuala Lumpur. 
Program ni akan diadakan oleh para pelajar MMU sendiri ni akan dijalankan pada 27/07/2013 sehingga 28/07/2013. Tentatifnya akan diadakan agihan makanan pada waktu sahur dan sebelum berbuka puasa kepada gelandangan di Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang nak berderma untuk sumbangan atau tajaan bolehlah bank-in kan kepada Kak Nur Amirah Mohd Naseer seperti nombor CIMB dalam gambar tu. Derma tu perlu diberitahu yea. Segala derma yang diberi teramatlah eka happy. Sebab eka rasa program ni serius sedih kalau tiba hari nanti. Kalau eka ada duit banyak, nak jee eka tolong betul-betul. HAHAHA

Eka terlibat untuk menjadi ahli komuniti untuk menjayakan program ni. Eka ni memang suka buat kerja gini. Haha, benda bukan berkaitan sukan dan menolong orang ni memang feveret eka. Sebab bila kita tolong orang kan kita akan rasa satu kepuasan yang sangat besar lebih dari orang yang menerima pertolongan kita. Okaylah, terima kasih yea layan bnde eka tulis even bosan. Eka baca pun menguap. HAHA. Tapi kalau nak bagi derma seriously eka cakap sangat dihargai. Hanya Allah S.W.T jee mampu membalas segala budi. 
BYEEE~~ Salam
\
ekalokman (:

Wednesday 17 July 2013

Kak Eka Nak Ajar Download Microsoft Word 2010 Professional Plus

Assalamualaikum (:

p/s : Kalau ada Microsoft Word 2007 nak buat benda ni, uninstall dulu yea~~

Kebanyakan universiti sekarang pakai Word 2010 kan? Kalau dah pakai Word 2013 tu memang baguslah. Word 2013 memng smooth. Cume keburukan Word 2013 tak ada yang hack lagi. HAHAHA. Jadi KAK EKA dekat sini nak ajarlah adik-adik yang pakai Word 2007 ni kononlah rasa tak canggih pastu nak update sikit cume tak mampu lah nak update sampai Word 2013 boleh lah download guane cara KAK EKA nak tunjuk ni. HAHAHA. Simple dan tak lama pun. Memanglah orang cakap internet MMU laju, tapi setahu eka download benda ni memang tak lama kut walaupun internet biasa.

Mula-mula bagi sesiapa yang tak ada Microsoft Word 2010 TRIAL download dulu. Bukak laman web eka bagi ni (tekanlah)  X16-32007.EXE, boleh terus download. Relax, memang ni trial. Trick dia eka nak ubah TRIAL ni jadi PERMANENT.

Waktu install tu nama dia X16-32007.exe kan? Mungkin makan masa sikit downlaod ni. Pastu dah habis download tekan X16-32007.exe untuk install. Install ni lamalah.Waktu tengah install tu dia minta SERIAL KEY kan? Eka ada dua serial key, korang tulis jela mana yang korang suka.

SERIAL KEY

YCDJ6-QCY43-CP4JF-7V3GJ-67PRR

368D8-3XC4F-4VB4Q-96CRD-PBYFW

Dah tulis serial key tu produk trial korang aktiflah. Sekarang ni kita biarkan WORD TRIAL tadi, kita download benda ni pulak~~ OFFICE2010TOOLKIT.EXE. Tunggu sampai dah habis download, extract Activador Office 2010 guna WINRAR. Ikutlah nak extract here atau nak extract files... Sebab extract here, dia extract dekat situ, kalau extract files.. kita boleh pilih nak letak mana.

Dah extract tu, korang double click dekat Activador Office 2010. Lepas tu double click dekat Office 2010 Toolkit. Korang akan nampak EZ-Activator dan click pada EZ-Activator.

Tunggu untuk beberapa saat bila kotak dibawah dia tertulis " Office 2010 was successfully activated " barulah Word kita berjaya jadi PERMANENT dan boleh digunakan selama-lamanya~~ HAHA

Kalau kita ragu lagi, kita boleh check dan buktikan yang Word kita dah permanent ke belum dengan korang bukak Microsoft Word Office 2010 korang. Dah bukak, pergi dekat FILE then pergi dekat HELP. Dekat situ dia ada tulis " product activated "

Korang boleh tengok macam ni


Okaylah, eka akan kaji lebih dalam bagi dapatkan Word 2013. Sakit hati kut tak dapat yang Word 2013. BYEEEEEE~~ Salam.

ekalokman (:

Tuesday 16 July 2013

Make A New Different Life (:

Assalamualaikum (:

Hai-hai, ni first entry eka. Blog baru untuk dunia baru~~ HEHE. Eka tak tahu nak cerita ape. Tak ada benda menariklah. Haha. Buat masa ni NEW NUR ZULAIKHA LOKMAN makin kurus dan tinggi eka dah naik. Tinggi 151cm dengan berat badan 47kg. Berat eka turun sebab eka putus cinta. Poyo jee kan. HAHAHA. Tapi best jugak, bukan senang nak kurus jatuh 7kg dalam masa 2 minggu.

 Aduhai, susahlah eka tak ada point lansung kut. Setakat untuk mukadimah blog baru eka ni lah. Dulu eka ada blog, alaa blog sengal dan poyo tu. Memang mengarut jee. Kesah lama~~ HAHAHA. Tak apelah eka, benda lama tak payah di kenang.

Sekarang ni eka ada ambik ayat Puan Besar Zakiah binti Shekh Mustafha yang berbunyi " KALAU ORANG BALING TAIK, KITA BALING BUNGA" bagi menjadikan diri eka lebih mempunyai hati yang bersih. Mutiara kata juga ada menyebut " Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, apabila dibaling batu dibalasnya dengan buah yang ranum "

Haha, cukuplah sesi mengarut bersama Eka Lokman. Eka perlu lebih muhasabah diri dan dekat diri dengan Allah S.W.T. Semoga eka diberi petunjuk dan hidayah Allah S.W.T. Amin~~ 

Okaylah semua bye~~~ Selamat Berpuasa yea~~

ekalokman (: