Thursday 13 March 2014

Trip to Banda Aceh, Indonesia.

Assalamualaikum.

Berita seronok masa cuti sem ni  kau, gua dan family gua pergi bercuti.
(Berita tak seronok kelmarin baru dapat result dan sangat sengal) 
Tempat yang gua pergi ni seriously murah gila nyahh.

Gua bukan nak cakap apelah, masa tu air asia buat promotion. So, akak iolls yg comel tu
terus rembat tiket tu. Sorang RM59 jee nyahh!!

Pada mulanya gua ni memang akui buat ape nak pergi tempat yang pernah kena bencana kan
( Ya Allah, memang kurang ajar)
Tapi gua fikir positiflahh, alang-alang tu boleh bagi hidayah dekat gua yang jahil ni.
(Tapi perangai bodoh tetap sama)

Okay, kita teruskan lagi. So, macam biasalah hari tu hari Isnin, gua pergi dalam enam hari
Pagi tu pergi lcct, then check in semua bodoh tu.

Flight dalam sejam lebih dan dah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda.


Then, kitaorang pun diambil oleh supir hotel, namanya Raiz.
Ni gambar gua snap masa masa sampai aceh.


Hotel yang kitaorang stay ni, Hotel Permata Hati memang bagus gilalah layanan dan
bagi yang hantu internet, wifi hotel ni okaylahh.
Bilik dia pun seriously besau gilooo. Gua kaget sebentarlahh. Sebab harga dia murah.
Harga indon gua tak ingat, tapi harga ringgit dalam RM 110 semalam ada dua katil single bilik luas giloo dan tiga katil single RM 135


Dah check in hotel, kitaorag pun carilah restoren dekat area hotel.
Jumpalah nama dia Rumah Makan Aceh Tulen.
Gua terkejut gila bila dekat sini style makan dia, dia akan
hidang semua lauk dan dia akan kira berapa banyak yang kita ambil.
So, makanan femes dekat sini nama dia AYAM TANGKAP.
Ayam Tangkap ni macam ayam goreng mak kita jee tapi dia guna
ayam kampung yang tak liat, serius lembut gila pastu dihidangkan dengan
daun kari dan daun pandan.


Hari pertama sampai  dekat banda aceh ni, family gua dan gua untuk memutuskan
untuk pergi jalan-jalan di sekitar banda aceh. Tetapi akhirnya kami semua~~~
jeng, jeng tidor atas katil jee. HAHAHAHAHA

So, malam tu pun semua bangun sebab laporr. HAHAHA.
Disebabkan tak ada kereta, kitaorang pun jalanlah kaki area hotel tu cari tempat makan.
Dan pada mula tu gua terkejut gila sebab tengok tak ada elektrik.
Jalan gelap gelita. Sedih betul. Dia kebanyakan yag ada elektrik ni pakai generator.
Sebab Banda Aceh ni ada catuan elektrik waktu malam. Area tengah banda je ada elektrik
Then, makan pastu balik hotel sambung tido.

Second Day

Harini barulah start jalan-jalan sekitar Banda Aceh. Kitaorang gunakan khidmat supir sendirian,
namanya Pak Manih.
(service dia okaylah, bayar untuk sehari terus 500 000rp dlm RM150 kereta avanza bersih)
Tempat first yang kitaorang pergi ialah Muzium Aceh 


 Muzium Aceh ni murah jee, sorang kena dalam 20 sen gitulah.
Muzium Aceh ni cerita pasal semua sejarah Aceh dari zaman dahulu.
Yang menariknya pasal Pinto Aceh.
Pinto Aceh ni sebenarnya adalah motif atau corak yang terkenal
dalam masyarakat aceh.
Antara monumen yang menggunakan motif Pinto Aceh ni
di Taman Putroe Phang



Taman Putroe Phang ni ialah terletak di tepi sungai yang pada zaman dahulunya
sebagai pintu belakang istana Keraton Aceh khususnya untuk keluar masuk
permaisuri Sultan Iskandar Muda dan dayang-dayangnya untuk bermandi-manda.
Kalau uolls tahu permaisuri Sultan Iskandar Muda berasal dari Pahang
dan disebabkan itulah tempat ni dinamakan Taman Putroe Phang

Tempat seterusnya ialah Muzium Tsunami Aceh
Tempat ni antara tempat wajiblah kalau pergi aceh. Dari A sampai Z lah
kita akan paham pasal tsunami dan kejadian tsunami pada 26 Disember 2004. (Tiket free)



Paling sedih, bila dalam sebuah bilik ni 
Bilik tu dinding dia dipenuhi dengan nama mangsa tsunami aceh 
Dan atasnya ada nama Allah.
Dekat sini bukan saje menceritakan kejadian tsunami 26 Disember 2004,
tapi diselitkan ilmu sains dan kajian bumi.

 (mak gua yang kesedihan)


Okay, seterusnya kami ke Masjid Raya Baiturrahman
Masjid ini antara masjid yang masih kekal semasa kejadian tsunami
dan masjid yang telah menyelamatkan ramai orang.
Masjid ni cantik sangaat.


(adik gua yang menyibuk nak berak)

Seterusnyaa anak-anak, kami pergi ke PLTD Apung
Sepanjang gua jadi orang malaysia dan orang islam, gua sendiri tak tahu
yang kapalkapal penjana elektrik Banda Aceh yang seberat 2,600 tan 
dari laut dan tercampak 2 hingga 3 km pedalaman ketika kejadian tsunami
membunuh orang-orang di dalam.

 (memang besar gila kapal ni)

(ni dari atas kapal ni, kapal ni boleh naik atas)

Korang bayangkan ketika tsunami tu kapal ni dari laut sampai ke darat
pastu hentam semua rumah yang dia lalu.
Dahlah gelombang tsunami tu dalam 3 kali, kiranya kapal ni pergi ke tengah bandar
dan bila ombak surut dia hentam pulak kebelakang. Huh!! Takut gua
Yang paling tak boleh blah, ada sorang krew kapal dalam ni yang sedang tidur terselamat
Dia dalam bilik atas sekali dengan berkunci sebab tu selamat.
Cume sedihnya, penerangan kitaorang ni cerita yg ada banyak mayat tertimbus
bawah kapal ni. Bila mahu dia ambil yang badannya keluar
hanya mampu ambil separuh je.
Akhirnya, mereka putuskan untuk timbuskan tanah sekitar bawah kapal ni
Ya Allah, sedih gila kut.
  Yang menarik kalau korang naik atas kapal tu, boleh tengok semua pemandangan aceh
Dan PALING PENTING boleh tahu perjalanan yang dilalui oleh kapal.
Dengan cara tengok bumbung rumah sekeling, kalau bumbung kaler biru tu
ialah JALAN YANG DILALUI OLEH KAPAL NI MASA TSUNAMI

Tempat seterusnya ialah Kapal Terapung Tsunami Lampulo 
Actually bukanlah terapung tapi dia terlekat di atas rumah orang.
Masa kejadian Tsunami tu, bot nelayan yang dibawa arus ombak tsunami
dah memang tak ada orang atas bot.
Pastu kapal nelayan ni menghentam rumah dah akhirnya terlekat atas rumah tu
Kapal nelayan ni telah menyelamatkan 59 orang yang ketika tsunami tu
dan panjat ke atas kapal nelayan tu.
Masa air surutkan, yang menyedihkan dari bawah kapal tu ada bayi tersekat.
Masyallah, gua sendiri tak dapat bayang macam mana.




Kemudian kami ke masjid yang satu-satunya berdiri megah walaupun
paling teruk tsunami dia iaitu Masjid Rahmatullah

Hah ni gambar Masjid Rahmatullah masa Tsunami

(memang dekat gila dengan pantai)

Dan sekarang

Dalam masjid ni kan ada bahagian yang tidak dibaiki kesan tsunami dia
tapi selamatlah sebab dia tutup area tu, cume kita boleh tengok dari luar kaca.


Pastu Pasar Banda Aceh untuk beli buah tangan.


Dan disitu mak gua pun berperang untuk dapatkan harga murah
beli kain batik.

Gua bukan nak cakap ape tapi dekat aceh ni malam cepat. 6.30petang dah gelap.
Then, kitaorang pun lapar pergilah satu-satunya kedai mamak malaysia ada di Indonesia nama
Restoren Canai Mamak Kuala Lumpur.
Masa ni happy gila, sebab rindu makanan malaysia.
Sebab serius pelik gila makanan indon.


Dekat sini wifi pun ada yea. Pastu ruangan makan untuk wanita sahaja pun ada.
Yang paling gua salute lahh, atas restoren ni ada surau. Besar jugaklahh.

Okay, lastly kitaorang pun balik hotel dan rehat.
Dan rancangan keesokan harininya lagi best
Sebab gua dengan family gua nak pergi ke pulau paling utara sekali di indonesia.
Pulau Weh

So, kitaorang pun kemas barang sikit untuk kurangkan beg
dengan rancangan beg roda ditinggalkan di hotel permata hati ni.

Nanti gua sambung cerita hari ketiga dekat Pulau Weh tu yeaa. Serius, letih gila taip.
Kalau sape-sape ada rancangan berminat nak pergi komenlah, boleh gua tolong ke ape.

I selitkan sikit gambar Pulau Weh tu yeaa. 


Akhinyaaa, byebyee uolls!! 

ekalokman (: