Friday 10 January 2014

Low Blood Pressure

Assalamualaikum

Aku jenis malas nak cerita pasal aku dekat blog ni. Tapi sekarang ni just nak kongsi ilmu sape yang ada penyakit pelik macam aku ni.

Aku ni memang selalu sakit pastu pemalas nak makan dengan makan ubat. Masuk ni dua hari tak makan nasi pastu bila aku makan sekali tu memang banyaklahh. Kalau sape membe aku pun tahu kalau aku makan, memang nasi macam bukit. Tidur pulak baru-baru ni memang tak cukup dengan aku buat assignment campur sibuk layan drama melayu Ariana Rose, Bukan Aku Tak Cinta dengan Projek Memikat Suami. So, gastrik pun aku dapat sekarang penyakit baru TEKANAN DARAH RENDAH. Mulanya aku macam tak caya dokter cakap aku kena hypotension ni, sebab aku rasa aku ni memang kuat dan function aku datang klinik tu sebab aku ter-miss kelas pastu nak ambek MC lahh. HAHAHAHAHA. Sebab aku dah biasa sakit ni, lagi-lagi aku memang ada gastrik. So, memang peliklah aku yang gagah perkasa ni boleh sakit.

Tekanan darah rendah atau hypotension ni sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60mmHg.

 Tekanan Darah Normal = Tekanan darah 120/80 mmHg. 
 Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah < 90/60 mmHg. 
 90 = tekanan sistolik / 60 = tekanan diastolik 

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah. Cerita dia tekanan darah aku 84/51. 

Faktor-faktor penyebab TEKANAN DARAH RENDAH ni :

Mengandung: 
- Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat 
semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi 
rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya 
menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 
10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya 
kembali normal selepas melahirkan anak. 

Dehidrasi 
- Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih 
banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh 
menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, 
cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan 
pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh 
menyebabkan dehidrasi.

Kurang zat dalam diet 
- Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– 
keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah 
secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.

Gejala TEKANAN DARAH RENDAH :

 cepat lelah 
 pening kepala ketika posisi badan berubah 
 mata berkunang-kunang 
 mual 
 kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
 pernafasan cepat dan pendek 
 cepat haus 

Cara-cara Mengatasi TEKANAN DARAH RENDAH.

- Makan lebih garam dalam diet, tetapi jangan terlalu berlebihan kerana 
natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

- Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika 
anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan 
menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium 
dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS)

-Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik 
nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-
lahan. Then, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala 
sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti. 

--Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang 
tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh 
mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.


Bila aku baca semua benda ni, baru aku sedar yang penyebab aku miss class sebabkan benda ni lahh, pagi tadi aku nak bangun, pastu kepala aku rasa bengong sampai aku bangun kepala aku pusing-pusing. Aku bengang sambung jela tidur. Last-last tengok kelas aku dah tinggal setengah jam, memang aku mencarut lahh. Pastu buat rancangan pergi klinik konon nak mintak MC, sekali hah dapat penyakit betul. Dengan dapat banyak gila ubatnya, memang seronoklah. Dekat 6 jenis ubat aku dapat nasib pakai insuran tak payahlah susah nak bayar pakai duit poket aku. Tapi bersyukurlah MC aku dapat. HAHAHA

Bila kena hypotension ni, aku paling seksa bila nak gerakkan badan. Ada sekali tu aku bangun dari baring atas katil, perghhh kepala berpusing sampai terhantuk kepala aku punyalah tak boleh terima aku nak bangun.

Doakan aku cepat sihat dan gagah perkasa macam dulu yeaa. Dah lahh esok ada presentatation aku still tak tido dekat pukul 05:47am ni atas alasan kepala bengong dan aku nak hafal presentation aku ni. Hah, doakan presentation aku ni okay jugak yeaa, dengan formal attire aku ni dah lahh demam sekali, cibai betul.

Okaylahh, byeebyeee ullos!! Kalau kena penyakit macam aku ni ambil iktibarlahh, mungkin banyak sangat dosa macam aku. HAHAHA. Gua doakan ullos semua sihat sejahtera yeaa especially mak, abah, family gua dengan laki gua.  Kalau ada tanda-tanda macam ni, pergilah check dokter yeaa sebelum makin teruk sebab hypotension ni boleh menyebabkan kematian jugak yeaa. Byeeee~

ekalokman