Saturday 21 December 2013

Tonton movie//drama English,Melayu, Korea dan Anime baru secara ONLINE.

ASSALAMUALAIKUM (:

Yea anak-anak semua, insan yang cemerlang datangnya dari akal, hati yang tenang dan jiwa yang mantap, yer, yerr. HUHUHU, macam Dr. Fadzilah Kamsah pulak. Okaylah anak-anak, ibu eka nak tunjuk link untuk tengok movie atau drama online yeaa. Aku biasanya tak download cerita sebab tak nak beratkan laptop dengan tak nak ada virus-virus cinta dekat laptop ni.

Bagi movie english, biasanya aku tengok online jee dekat viooz.ac ni. Dekat viooz.co ni memang biasanya seminggu akan update movie english baru. Viooz.co ni memang tak ada subtitle, jadi aku nak ajar macam mana nak buat subtitle untuk movie online ni.




Download link dropbox aku ni. Nama software ni Greenfish Subtitle Player.


(tunggu 5seconds iyoo)

 Disebabkan dari dropbox aku, jadi dijamin tak ada virus walaupun masa aku download bende ni dekat link lain kena virus. Hah, lagi satu download ni sekejap je sebab dia 11.74kb jee. Dah download tu macam biasa, ni kan fail winzip, extract je. Dah tu korang akan jumpe macam ni



Nak tengok dulu cerita download dulu SRT cerita, yang kita nak tengok. Contohnhya aku nak tengok cerita FROZEN, search dan download dulu SRT cerita FROZEN dekat mana-mana laman web free SRT movie dekat link ni:


Dah search cerita dekat laman web ni, pilih bahasa yang kita nak dan download. Sekarang ni, bukak Greenfish Subtitle Player pastu tekan dekat gambar file tu. Pilih subtitle yang kita download pastu bolehlah tengok movie dengan aman.

Bagi drama English ni susah sikit, berterabur. Kiranya memang kena pandai search dekat google. Jadi, search sendiri yeaa. HAHAHA

Bagi movie dan drama Melayu aku guna laman web ni jee

Melayu ni tak susah sikit nak cari search google memang dapatlah, lagi-lagi kalau dah keluar dekat astro first dekat youtube pun dah boleh jumpe. DFM2U.net ni boleh download cerita sekali.



Bagi movie//drama korea ni mesti ramai dah tahu. Aku biasanya layan dekat laman web ni jee. Ni ada subtitle english.



Movie//drama Anime pulak dekat sini, aku kan suka layan Naruto. HAHAHA. Ni ada subtitle english.



Ni jelaa tempat favorite aku kalau nak layan movie atau drama. Sorrylah yeaa yang download aku tak pernah ambek kesah. Pandai-pandailah cari software untuk download. Tapi dalam banyak-banyak ni aku selalu tengok viooz lah, layan omputih. HAHAHA. Tak payah membazir tengok dekat wayang. Kadang tu viooz ni dah keluar movie tapi dekat malaysia dekat wayang pun tak keluar lagi, Memang syoklah.

Ni jela iyooo, byeeebyee anak-anak. Assalamualaikum (:

ekalokman

Friday 6 December 2013

HALA TUJU SELEPAS SPM ( KHAS BUAT LEPASAN SPM )

 Assalamualaikum :)

REPOST KHAS BUAT LEPASAN SPM (: ( repost dari blog lama yang aku dah private-kan)

Adik-adik lepasan SPM 2013, kak eka cume nak bebel sikit jee yeaa. Bacalah kalau rasa nak cerahkan masa depan anda (:

Diploma, Asasi, Matrik dan Tingkatan 6 mempunyai kelebihan masing-masing. Pada aku, ikut kemampuan kita dan bukan sepatutnya pada minat. Kalau minat kita tinggi terhadap sesuatu course tersebut tapi kemampuan kita tak boleh, tetap susah untuk belajar. Dengan kemampuan yang kita ada, kita ambil course yang sesuai dan kita hendaklah timbulkan minat atas course yang kita ambil.

Memang semua ada baik dan buruknya. Kebaikan Diploma, kita boleh belajar secara biasa biasa dan tak perlu nak cepat cepat, dan jugak kalau kita dapat study diploma dekat UiTM contohnya.
Ada kebaikan dia kalau nak sambung degree, sebab dia akan potong credit hour ape entah tak silap aku dan degree kita akan jadi pendek sikitlah macam contohnya ambik Diploma in Accountancy, degree nanti nak sambung Bachelor in Accountancy ni boleh dalam 3 tahun sehaja berbanding yang ambik asasi atau matrik kena ambik 4 tahun dalam degree diaorang. Diploma sekarang  memang susah nak dapat peluang untuk sambung ke peringkat Degree kerana pointer CGPA Diploma perlu melebihi 3.5 keatas. Pastu kebanyakan lepasan Diploma tidak suka menyambung ke peringkat Degree sebab malas menyambung pelajaran selepas lama belajar. Diploma di Politeknik ni okay jugak sebenarnya, lagi-lagi Politeknik Premier, memang sijil lakulah.

Jalan pintasnya melalui Matrik dan Asasi. Nak masuk matrik atau asasi ni result SPM memang kena gempak sikit, paling koman pun ada rezeki yang dapat 3A tapi student tu biasanya aliran sains dan mata pelajaran yang lain tu pun lulus credit. Perbezaan Matrik dengan Asasi ni, Matrik kita ambik setahun atau dua tahun sijil profesional untuk tak kesah apa apa degree yang kita akan sambung dan Asasi ni pulak sijil professional setahun yang kita ambik untuk course tertentu, contohnya macam Asasi Undang Undang so kita akan sambung Bachelor of Law lah kan. Kalau kita masuk matrik, diakhir nanti pointer matrik yang teruk mungkin akan dilelong ke course yang pelik-pelik. Asasi pula pointer kurang baik akan dibawa ke course Degree yang berkenaan dengan asasi yang diambil. Kelebihan sedikit untuk asasi kerana pelajaran yang diambil lebih berfokus berbanding Matrik yang pelajarannya diambil secara banyak pastu kita akan pening untuk memilih Degree yang akan kita sambung. Nak masuk asasi atau matrik tu terpulang pada koranglah kan, kalau rasa lagi percayakan yang tu masuk jela.

Yang berminat dengan Ting. 6 start tahun 2011, format STPM sekarang semakin senang untuk lulus. Kenape? Sebab separuh markah STPM untuk kerja kursus yang dilaksanakan di sekolah bersama guru. Mungkin dapat senangkan kita untuk luluskan. Tingkatan 6 ni terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Sains (Sains Fizikal atau  Sains Hayat) dan Kemanusiaan. Pada aku, kalau dapat sains tu masa depan cerah boleh fly luar negara tuu, cume form 6 kan susah nak score. Kalau kemanusiaan ni, sebabkan dah bersepah budak aliran kemanusiaan ni jadi peluang tu memang susahlahh. Form 6 ni kalau dapat C- dikira failed, tu maybe susah sikitlah.

Sekiranya kita mahu ke IPT, kita kena sedar yang setiap universiti ni ada ranking masing-masing dan ranking ni berkait rapat dengan peluang kerja yang akan dapat. Ini dapat membantu kita untuk mengetahui sijil kita laku atau tidak.

Ini Senarai Universiti Terbaik di Malaysia (updated 2013)

1.Universiti Malaya (UM) 
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Sains Malaysia (USM)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 5. Universiti Putra Malaysia (UPM) 
6.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UniMaS)
8. Multimedia University (MMU)
9. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
10. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
11. Universiti Tenaga Nasional (UniTEN)
12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14. LimKokWing University of Creative Technology
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16.Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Okay, kalau result SPM kita pulak tak mendapat tempat dimana-mana IPT semasa keputusan UPU dan kita pulak tidak berminat ke tingkatan 6 dan IPTS . Kita boleh mencuba ke panggilan UITM di bulan Disember.

Seterusnya, kita boleh ke kolej-kolej MARA bagi program diploma yang disediakan elaun dan yurannya tersangat murah. Bagi yang cendurung kearah pengurusan boleh ke Kolej Profesional Mara(KPM) dan yang cenderung ke arah kemahiran boleh ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM) dan German-Malaysian Institute. Tak ramai yang tahu kewujudan KPM tapi ni ramai yang tahu Kolej Poly Tech Mara (KPTM) , KPTM ni swasta yeaa, memang kena bayar mahal cume kelebihan dia ada pinjaman mara, tu jee. Kalau KPM dan KKTM ni, kita tak perlu buat pinjaman untuk belajar tapi diberi elaun sebanyak RM300 sebulan, yuran pulak murah setahu aku baru ni kalau campur dengan hostel dalam RM 300 dan kalau nak duduk luar bayar tuition fees dia dala RM 150. Sape nak bagi duit free-free jee. Ni lahh, bukti kerajaan mengutamakan bumiputera untuk tetap sambung belajar cume ramai orang yang tak tahu. Dekat KPM ni disediakan PIP dan diploma sahaja dan KKTM ni pulak disediakan sijil dan Diploma.

Selain itu, result SPM yang kurang baik tidak semestinya tiada tempat untuk belajar, kita boleh mengikuti program sijil yang disediakan di Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dan Institut Kemahiran Mara(IKM). Kursus sijil hanyalah lima bulan(tak silap aku lah) dan kerjanya mampu untuk mendapat gaji sebanyak RM 2000 ke 3000 bagi permulaan dalam kerjaya Sijil Kimpalan. Yurannya sangat murah dan elaun juga disediakan.

Institut Pendidikan Guru (IPG) juga bagi yang berminat untuk menjadi guru. Peluang nak masuk ipg ni susah sikit bagi yang result biasa-biasa sebab kerajaan telah memperkasakan pemilihan guru yang result SPM cemerlang ( memang dia nak yang straight A lahh sekarang ) menjadi keutamaan. Tapi tak salah mohon kann~

Pilihan ke IPTS adalah tidak salah macam aku!! HAHAHA. Tetapi kita kena berusaha lebih sikit (banyak sangat) kerana sekiranya salah langkah mungkin kita dibuang dan duit akan membazir begitu sahaja ( hmm hmm). Yuran IPTS sememangnya mahal, tapi jika result semasa belajar cemerlang kita boleh belajar secara percuma dengan adanya biasiswa dan tajaan seperti Universiti Teknologi Petronas. Kelebihan IPTS ni kan ( dari pengalaman aku lahh ) minda kita akan lebih jadi open-minded dan tak seperti typical malay. HAHAHA!! English memang kena power lahh kalau duduk swasta macam aku ( sampai tension aku!!) Tapi nasihat aku jangan pilih seberangan IPTS sebab sesetengah IPTS ni tak diluluskan MQA dan berkemungkinan sijil korang tak laku. Kalau IPTS ni macam Unikl ke KPTM ke boleh buat pinjaman MARA atau PTPTN

Tak kisahlah course ape yang kita ambil tu, sekurang-kurangnya kita ada ilmu didada dan bukan setakat SPM sahaja. HOHOHO. Walaupun orang cakap lepasan Diploma sekarang banyak yang tidak bekerja, tapi kita kena fikirkan rezeki ada dimana-mana, bila ada kelulusan benda ni akan jadi point terbaik kepada diri kita. Okay, pada aku, baik mohon semuanya, sekurangnya kita boleh buat pilihan.

Buat pilihan mana yang kita minat dan mampu, jangan ikut cakap orang sangat. Masing-masing ada kelebihan diri masing masing.

Penat ah menaip, ni jela yea. Minta maaflah kalau terkasar bahasa atau ayat macam keling sangat. Okay, byebye :)

p/s: MARA tu nama dia UPIM ( http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ ) dan yang Uitm tu nak apply dia kena bukak admission dia sendiri. Terima Kasih.

ekalokman (: