Monday 12 August 2013

Kemasukan UiTM bagi November 2013

ASSALAMUALAIKUM (:

Sejujurnya aku memang tak suka UiTM, tapi pada aku, aku nak buat permohonaan untuk back-up aku study MMU ni. Mana tahu tibe result macam TOT-TOT  ke pastu kena kick, sekurangnya aku dah ada tempat lain nak sambung belajar. Panggilan ni jugak sesuai untuk sesiapa yang tak sambung belajar lagi ataupun ingin mengubah tempat belajar lagi seronok contohnya kalau kita tak nak sambung form 6 ke~

Okay, kembali kepada tajuk asal. Kemasukan ni dah bukak lama dah tapi aku terlampau menjadi manusia yang leka dan kalau korang nak tahu sekarang tinggal seminggu je lagi untuk permohonan online menatang ni~ Permohonan ni dibuka pada 01 JULAI YANG LALU dan akan ditutup pada 18 OGOS iaitu AHAD NIHH.

Syaratnya ialah hanya untuk BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA. Dan pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk maklumat lanjut. Kalau tak reti tekan link yang eka kasi ni~ TEKAN DISINI

Setiap pemohon mestilah membeli NO. PIN UiTM dekat BSN. Macam biasalah masa beli nombor pin matrik dengan upu. Cume janganlah cakap nak beli nombor matrik dengan upu, cakap nak beli no. pin UiTM.

Pastu dah beli semua benda, bukak TEKAN LAMAN WEB NI. Baca dan fahamkan kemudian log in lah kad pengenalan dengan nombor pin bsn kita tuu. Pastu isi macam biasa~

Boleh kemaskini tapi 3 KALI SAHAJA. Korang kalau boleh isilah mana yang layak yeaa. Janganlah kalau result tak seberapa, isi yang tak layak. Sebab peluang tu makin susah nak dapat. Kalau nak tahu course mana sesuai dengan kita, macam biasalah bukak SELANGKAH KE UiTM di SEMAK SYARAT KELAYAKAN NI.

Okaylah, selamat mencuba~ Kalau rasa tak berminat, tak apelah. UiTM bukan paksa dia cume nak tolong anak bumiputera yang tak dapat sambung belajar, tak rugi apa-apa pun. BYEEEEBYEEE~

ekalokman (: